Ratusan pekerja perisikan asing dineutralkan - Majlis Keselamatan Rusia

Bernama
September 15, 2023 16:55 MYT
Ratusan individu itu dikenal pasti terlibat dalam aktiviti peninjauan dan subversif terhadap Rusia dan rakan strategiknya.
MOSCOW: Ratusan pekerja perkhidmatan perisikan asing dan individu yang terlibat dalam aktiviti peninjauan dan subversif terhadap Rusia dan rakan strategiknya telah dineutralkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, lapor Sputnik.
Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia Nikolai Patrushev berkata Amerika Syarikat dan Eropah memperuntukkan perbelanjaan yang besar untuk mencari dan mendidik apa yang dikenali "pemimpin muda demokrasi" di pusat pendidikan khusus, yang menurut dakwaan Rusia mereka akan digunakan untuk menganjurkan rampasan kuasa bagi mewujudkan rejim yang bergantung kepada Barat di negara yang sebelum ini merdeka.
"Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, beratus-ratus pekerja perkhidmatan perisikan asing, serta mereka yang terlibat dalam menganjurkan aktiviti perisikan dan subversif terhadap negara kita dan rakan strategik kita, telah dikenal pasti dan dineutralkan," kata Patrushev dalam artikel untuk majalah Razvedchik.
-- BERNAMA
#Rusia #Perkhidmatan asing #perisikan #rakan strategik
;