Ratusan ekar hutan musnah dalam kebakaran di Itali

Agensi
Ogos 2, 2020 06:15 MYT
Ratusan ekar kawasan hutan di sekitar bandar LAquila di wilayah Abruzzo, timur Itali masih terbakar pada Ahad.
Ratusan ekar kawasan hutan di sekitar bandar L’Aquila di wilayah Abruzzo, timur Itali masih terbakar pada Ahad.
Kebakaran yang dipercayai sengaja dilakukan itu kini masuk hari ketiga.
Datuk Bandar L’Aquila dalam satu muat naik di akaun Facebook berkata empat pesawat Canadair, tiga helikopter dan lebih 150 orang, termasuk anggota bomba, sukarelawan perlindungan awam dan tentera Alpine terlibat dalam usaha memadamkan kebakaran.
Anggota bomba juga menggunakan dron yang dilengkapi dengan kamera pengimejan haba untuk mengenal pasti punca kebakaran.
#Abruzzo #dron #kamera pengimejan termal #kebakaran hutan #L'Aquila #timur Itali
;