Ratusan bertepuk tangan untuk doktor, abai penjarakan sosial

Agensi
April 18, 2020 10:38 MYT
Metropolitan Police London dikritik selepas beberapa anggota turut sertai perhimpunan di Jambatan Westminster untuk bertepuk tangan buat para doktor. Foto - Twitter Metropolitan Police.
PIHAK polis London dikritik selepas gagal menguatkuasakan amalan penjarakan sosial ketika ratusan orang menyertai kempen bertepuk tangan untuk petugas kesihatan United Kingdom (UK) di Jambatan Westminster.
Setiap petang Khamis, rakyat seluruh UK bersolidariti untuk memberi tepukan dan sorakan buat petugas kesihatan di barisan hadapan merawat pesakit COVID-19 dalam kempen 'Clap for Carers'.
Namun, perintah penjarakan sosial langsung diabaikan apabila ratusan orang awam dilaporkan berkerumun di jambatan di tengah kota London, termasuk Pesuruhjaya Metropolitan Police, Dame Cressida Dick dan beberapa anggota polis lain.
Perhimpunan itu dirakamkan dalam satu video yang dimuatnaik oleh seorang petugas kesihatan Damir Rafi menerusi Twitter.
Katanya, beliau sebagai seorang doktor yang bekerja di hospital berdekatan amat terkejut dengan penjarakan sosial yang gagal dipraktikkan.

The scene from Westminster bridge #ClapForCarers pic.twitter.com/JpzM0YBjgH

— Damir Rafi (@d_rafi1) April 16, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Metropolitan Police turut memuat naik video yang merakamkan beberapa anggota polis di perhimpunan itu pada Khamis.

Thank you to the real heroes. Thank you London. #ClapForKeyWorkers #ClapForCarers London is together. pic.twitter.com/ksqHZjkTxV

— Metropolitan Police | #StayHomeSaveLives (@metpoliceuk) April 16, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam respons mereka, Metropolitan Police menegaskan bahawa pihaknya “sentiasa mengingatkan pegawai [polis] terhadap kepentingan penjarakan sosial di mana yang praktikal, dan akan terus mengingatkan.”
Downing Street dalam satu kenyataan mengulangi gesaan agar rakyat UK mematuhi perintah untuk kekal di rumah.
“Kami minta semua orang mengambil tanggungjawab dan mematuhi peraturan penjarakan sosial supaya kita boleh menunjukkan penghargaan terhadap mereka di barisan hadapan dengan cara yang selamat,” kata jurucakap Perdana Menteri.
“Dalam menunjukkan penghargaan kepada mereka yang bertungkus lumus bekerja sebagai penjaga, tunjukkan dalam cara yang patuh kepada perintah penjarakan sosial.”
Salah seorang pengguna di Twitter mengecam tindakan itu: “Saya masih gagal untuk memahami kebodohan ini.”
“Pada kadar ini, London akan diletakkan bawah perintah berkurung sehingga 2030.”
Dalam masa yang sama, para petugas kesihatan negara itu mengalami cabaran besar ketika berada di barisan hadapan merawat pesakit COVID-19 apabila bekalan peralatan perlindungan peribadi (PPE) semakin berkurangan.
Dalam panduan terbaharu oleh pihak kementerian, doktor dan jururawat dinasihatkan agar memakai apron plastik sekiranya tidak mempunyai PPE.
BACA: COVID-19: Kehabisan PPE, doktor UK dinasihat pakai apron
#Clap for NHS #COVID-19 #koronavirus #London #Metropolitan Police #penjarakan sosial #social distancing #Westminster Bridge
;