Ratusan berhimpun desak PM Israel letak jawatan

Astro Awani
Februari 28, 2021 11:22 MYT
Bilangan peserta demonstrasi bagaimanapun semakin kecil berbanding ribuan yang menyertai protes sebelum ini. -AP NEWSROOM
RATUSAN penunjuk perasaan berkumpul di luar kediaman rasmi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Baitulmaqdis bagi menuntut peletakan jawatannya.
Ini merupakan sebahagian siri protes mingguan sejak tujuh bulan lalu.
Bilangan peserta demonstrasi bagaimanapun semakin kecil berbanding ribuan yang menyertai protes sebelum ini.
Israel baru sahaja melonggarkan perintah pergerakan kali ketiga dan memimpin kempen vaksinasi paling berjaya di dunia.
Bagaimanapun strategi baik pemerintah untuk menangani COVID-19 tetap dikritik rakyat apabila penunjuk perasaan mahu Netanyahu mengundur diri kerana kesalahan mengurus krisis.
Netanyahu juga didakwa atas tuduhan penipuan, pecah amanah dan menerima rasuah dalam tiga kes berasingan.
#Israel #protes #tunjuk perasaan #Benjamin Netanyahu #Perdana Menteri Israel #peletakan jawatan #protes mingguan
;