Ratusan banduan berjaya lolos
Sinar Harian
September 3, 2018 13:15 MYT
September 3, 2018 13:15 MYT
Kira-kira 400 banduan berjaya meloloskan diri dari penjara di pinggir selatan ibu negara Libya, pada Ahad.
"Kesemua tahanan itu dapat membuka pintu dan melarikan diri selepas pergaduhan tercetus antara kumpulan militia berhampiran penjara Ain Zara.
"Pengawal tidak dapat menghalang tindakan mereka kerana bimbang dengan keselamatan masing-masing," kata polis dalam satu kenyataan.
Difahamkan, kebanyakan banduan disabitkan dengan jenayah biasa atau merupakan penyokong bekas pemimpin Muammar Gaddafi yang didapati bersalah ketika kebangkitan rakyat untuk menggulingkan rejim beliau pada 2011.
Menurut Kementerian Kesihatan, sekurang-kurangnya 39 terbunuh dan kira-kira 100 cedera sejak pertempuran tercetus termasuk berbalas serangan roket di pinggir Tripoli.
Situasi tegang itu turut menyebabkan kerajaan mengumumkan perintah darurat di ibu negara. - Agensi
#Ain Zara
#banduan
#jenayah
#keselamatan
#lari
#Libya
#Lolos
#Muammar Gaddafi
#penjara
#polis
#Tahanan
#Tripoli