Ratu Elizabeth positif COVID-19, alami gejala ringan
Agensi
Februari 20, 2022 20:40 MYT
Februari 20, 2022 20:40 MYT
Istana Buckingham mengesahkan Ratu Elizabeth II didapati positif COVID-19.
Baginda bagaimanapun kini dilaporkan hanya mengalami gejala ringan dan sedang menerima rawatan dan pemantauan mengikut prosedur yang ditetapkan.
Ratu Elizabeth juga dilaporkan akan meneruskan tugasannya tidak lama lagi.
Lima hari lalu, baginda diletakkan dalam pemantauan selepas Camilla, Duchess Of Cornwall dan Putera Wales, Putera Charles didapati positif virus itu.