Ratu Elizabeth II mangkat: Raja Charles III ratapi pemergian bonda tercinta
Astro Awani
September 8, 2022 07:10 MYT
September 8, 2022 07:10 MYT
LONDON: Raja Charles meratapi kemangkatan "bonda tercinta" Ratu Elizabeth II dalam satu kenyataan.
Dalam kenyataan itu, Raja Charles menzahirkan kesedihannya atas pemergian seorang ibu yang berdaulat dan amat disayangi.
Sepanjang hidupnya, Raja Charles telah bersedia untuk dimahkotakan. Kini, pada usia 73 tahun, saat itu telah tiba.
Raja Charles, raja tertua yang pernah menaiki takhta British, akan ditabal sebagai Raja Charles III berikutan kemangkatan bondanya, Ratu Elizabeth II.
Bagaimanapun tiada tarikh ditetapkan untuk pertabalannya.