Ratu Elizabeth II mangkat kerana sakit tua
Agensi
September 29, 2022 23:04 MYT
September 29, 2022 23:04 MYT
LONDON: Ratu Elizabeth II mangkat akibat sakit tua, menurut pengesahan dari sijil kematiannya.
Sijil itu menyebut mengatakan baginda mangkat pada jam 3.15 petang di Istana Balmoral, Scotland pada 8 September, pada usia 96 tahun.
Sijil itu diterbitkan oleh Rekod Kebangsaan Scotland pada Khamis.
Dokumen itu ditandatangani oleh anak perempuannya, Puteri Anne.
Kematian itu direkodkan pada 16 September oleh Ketua Pendaftar Scotland.
Sijil kematiannya juga mengandungi nama ayahandanya, Raja George VI, dan bondanya, Elizabeth Bowes-Lyon.
Portal BBC News mengesahkan kematian baginda pada jam 6.31 petang, 8 September selepas menerima kenyataan rasmi daripada Keluarga Diraja.