BANGKOK: Seorang model dan peserta ratu cantik Myanmar tidak dibenarkan memasuki ke Thailand.
Miss Grand International Myanmar 2020, Han Lay, yang pernah menyampaikan ucapan menentang rampasan kuasa tentera ketika pertandingan itu tahun lalu dinafikan penyertaannya selepas tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi dari Vietnam pada Rabu.
Dalam satu kenyataan, Biro Imigresen menafikan dakwaan Han Lay, 23, telah ditahan.
Mengikut Seksyen 12 (1) Akta Imigresen, pihak berkuasa mendapati Han Lay tidak mempunyai visa sah untuk memasuki Thailand.
"Perjanjian telah dibuat dengan syarikat penerbangan untuk dia (Han Lay) menaiki penerbangan keluar dari Thailand," menurut kenyataan itu.
Bangkok Post melaporkan, pengasas pertandingan Miss Grand International, Nawat Itsaragrisil berkata Han Lay berada di bahagian transit lapangan terbang itu sejak petang Rabu.
Han Lay, antara 20 finalis terbaik di Miss Grand International di Bangkok tahun lalu menarik perhatian dunia apabila beliau meminta bantuan segera untuk rakyat Myanmar akibat kekerasan tentera selepas rampasan kuasa pada 1 Februari 2021.
Selepas video itu tular di media sosial, di bawah pengurusan Miss Grand International, atas faktor keselamatan Han Lay tinggal di Thailand selama tiga bulan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 23 2022
Han Lay pernah menyampaikan ucapan menentang rampasan kuasa tentera ketika pertandingan Miss Grand International tahun lalu. - Instagram @hann_may
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peserta pertandingan ratu cantik Myanmar terus berada di Thailand
Han Lay akan tinggal di Thailand sekurang-kurangnya tiga bulan dan berada di bawah jagaan penganjur selama tempoh itu.