Rating sokongan terhadap Presiden Korea Selatan meningkat
Bernama
November 20, 2017 13:03 MYT
November 20, 2017 13:03 MYT
Rating sokongan terhadap Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in menunjukkan peningkatan pada minggu lepas berbanding sebelumnya, selepas beliau menamatkan misi lawatan ke Asia baru-baru ini, lapor agensi berita Yonhap.
Menurut tinjauan Realmeter, lawatan ke Indonesia, Vietnam dan Filipina yang bermula 8 hingga 15 November, dilihat banyak membantu meningkatkan hubungan dengan negara Asia Tenggara.
Moon, memperolehi undian sebanyak 71.6 peratus meningkat sebanyak 1.5 mata peratusan. Tinjauan dijalankan bermula Isnin hingga Jumaat, melibatkan 2,514 responden.
Lawatan ke Indonesia adalah lawatan negara yang pertama ke negara asing sejak menerajui pentadbiran Korea Selatan pada Mei.
Beliau menyertai sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik dan forum ASEAN di Vietnam serta Filipina.
Semasa lawatannya, Moon juga melancarkan dasar selatan baharunya, yang bertujuan meningkatkan hubungan ekonomi dan diplomatik dengan 10 negara ASEAN.
Tinjauan berkenaan turut mendapati, rating parti pimpinan Moon, Parti Demokrat mengalami peningkatan iaitu sebanyak 51.3 peratus.
Rating parti pembangkang utama Parti Liberty, merosot sebanyak 0.3 mata peratusan kepada 18.3 peratus, manakala Parti liberal menurun 0.4 mata peratusan kepada 4.9 peratus.
Sementara, Parti konservatif, Parti Bareun mendapat 0.2 mata peratusan menjadi 5.7 peratus dan Parti Keadilan Progresif menurun 0.8 mata peratus kepada lima peratus.
-- BERNAMA