Rasuah EU: Panzeri, Kaili, Tarabella kekal dalam tahanan praperbicaraan
Bernama
Februari 17, 2023 14:40 MYT
Februari 17, 2023 14:40 MYT
BRUSSELS: Mahkamah di Brussels pada Khamis memutuskan Antonio Panzeri dan bekas naib presiden Parlimen Eropah, Eva Kaili kekal dalam tahanan praperbicaraan berhubung siasatan kes skandal rasuah Kesatuan Eropah (EU).
Selain itu, Ahli Parlimen Eropah (MEP) Belgium, Marc Tarabella juga kekal dalam tahanan praperbicaraan, menurut jurucakap pejabat pendakwa.
Pendedahan skandal itu bermula pada Disember apabila Kaili, Panzeri dan dua suspek lain ditahan kerana disyaki terlibat dalam pertubuhan jenayah, pengubahan wang haram dan rasuah, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Mereka dituduh mempengaruhi keputusan parlimen yang memihak kepada tuan rumah Piala Dunia Qatar dan Maghribi, sebagai balasan untuk wang dan hadiah.
Peguam Kaili, Sven Mary dan peguam Tarabella masing-masing menggesa supaya anak guamnya dibebaskan.
Pada Jamuari, Panzeri telah menandatangani perjanjian dengan pejabat pendakwa raya pada Januari untuk membantu siasatan sebagai pertukaran supaya hukuman penjara dan denda ke atasnya dikurangkan.
-- BERNAMA