'Rasakan ciuman maut terakhir', pesakit HIV ludah jururawat
Agensi
Julai 20, 2018 15:57 MYT
Julai 20, 2018 15:57 MYT
“Rasakan ciuman maut terakhir aku!”.
Itu lah kata-kata seorang pesakit positif HIV, sambil meludah kepada jururawat bertugas di sebuah Hospital di Alabama, Amerika Syarikat, baru-baru ini.
Insiden berlaku ketika pesakit, Montel Dewaun Minor tiba-tiba menjadi agresif dan terpaksa ‘diikat’ untuk diberi rawatan.
Laporan polis Nortport pula tidak menyatakan sebab Minor berada di hospital itu.
Namun pesakit yang berusia 28 tahun ini berjaya bangun dan meludah ke arah jururawat dan kemudian air liurnya berlumuran di muka, hidung dan mulut jururawat itu.
Walaupun penyakit HIV tidak boleh berjangkit melalui air liur, jururawat itu tetap menjalani prosedur dekontaminasi.
Jururawat itu telah disahkan negatif dalam ujian virus tersebut, namun perlu diuji semula dalam tempoh enam bulan.