Rangka dinosaur inspirasi 'Jurassic Park' dilelong lebih RM53 juta
Sinar Harian
Mei 14, 2022 11:10 MYT
Mei 14, 2022 11:10 MYT
NEW YORK: Satu rangka dinosaur menakutkan yang digambarkan dalam adegan dalam filem Jurassic Park telah dijual pada harga AS$12.4 juta (RM54.53 juta) pada satu lelongan di New York baru-baru ini.
Berdiri pada ketinggian 1.21 meter dan kira-kira 3 meter panjang, rangka berusia 110 juta tahun itu tergolong dalam haiwan pemangsa Deinonychus antirrhopus.
Deinonychus menjadi salah satu dinosaur yang paling dikenali di dunia selepas pelancaran filem blockbuster, Jurassic Park pada tahun 1993.
Dalam salah satu adegan, dinosaur tersebut mengintai kanak-kanak melalui dapur.
Bagaimanapun, nama sebenar makhluk itu tidak dianggap cukup dramatik oleh penulis buku Jurassic Park, Michael Crichton.
Buku tersebut kemudian dijadikan filem.
Sebaliknya, pengarang Crichton memilih untuk memanggilnya sebagai Velociraptor yang sebenarnya merupakan saudara Deinonychus yang jauh lebih kecil.
Pelelong Christie menjual dinosaur yang satu-satunya fosil Deinonychus milik persendirian di dunia dalam lelongan berprestij di New York.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.