Rang Undang-Undang Ekstradisi Hong Kong sudah 'mati', ditarik balik - Carrie Lam
Agensi
Julai 9, 2019 10:28 MYT
Julai 9, 2019 10:28 MYT
Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam berkata Rang-Undang-Undang Ekstradisi yang menimbulkan kontroversi dan ketegangan di wilayah itu kini ‘terkubur’ dan ditarik balik.
Dia turut menyifatkan usaha kerajaan untuk melaksanakan undang-undang itu telah menemui ‘kegagalan sepenuhnya’.
Rang undang-undang itu yang antara lain membolehkan warga Hong Kong dibicarakan di tanah besar China mencetuskan tunjuk perasaan jalanan besar-besaran dan menyaksikan krisis politik terburuk di wilayah itu sejak berdekad lamanya.
Jun lalu, Lam menggantung rang undang-undang terbabit namun masih gagal meredakan tunjuk perasaan malah Lam dituntut meletakkan jawatan.
Hong Kong dipulangkan kepada China oleh Britain pada 1997 dan sejak itu wilayah itu diletakkan dibawah pentadbiran khas.
#Britain
#Carrie Lam
#China
#Hong Kong
#kerajaan
#Ketua Eksekutif Hong Kong
#Rang-Undang-Undang Ektradisi
#undang-undang