Rancangan salur air Fukushima ke laut cetus kebimbangan seluruh pasifik - The Guardian
Bernama
Julai 5, 2023 11:30 MYT
Julai 5, 2023 11:30 MYT
LONDON: Sekitar 2.3 juta orang yang tinggal di Kepulauan Pasifik bergantung kepada laut sebagai sumber makanan dan pendapatan, ramai menyuarakan kebimbangan berhubung rancangan Jepun untuk menyalurkan lebih 1 juta tan metrik air radioaktif yang dirawat ke dalam laut, Xinhua laporan The Guardian pada Selasa.
Air digunakan untuk menyejukkan tiga reaktor selepas loji nuklear Fukushima Daiichi terjejas akibat gempa bumi dan tsunami pada 2011 dan disifatkan kemalangan nuklear terburuk di dunia sejak 25 tahun selepas Chernobyl, menurut laporan itu.
Forum Kepulauan Pasifik (PIF), organisasi antarabangsa utama yang mewakili rantau ini, telah berunding dengan Jepun mengenai pelepasan air berkenaan selama dua tahun yang lalu dan pada Januari menzahirkan "kebimbangan mendalam" terhadap rancangan itu, menuru laporan.
Bulan lepas, PIF mengeluarkan kenyataan yang menarik perhatian terhadap undang-undang antarabangsa yang melarang pembuangan sisa nuklear di Lautan Pasifik, lapor The Guardian.
"Rakyat kami tidak mendapat faedah daripada rancangan Jepun ini, tetapi berisiko untuk generasi akan datang," The Guardian memetik kenyataan Ketua Setiausaha PIF, Henry Puna. - BERNAMA-XINHUA