Rampasan kuasa: Warga Indonesia pamer solidariti bersama rakyat Myanmar
Astro Awani
Mac 10, 2021 05:55 MYT
Mac 10, 2021 05:55 MYT
SERAMAI kira-kira 50 aktivis buruh warga Indonesia berkumpul di luar bangunan Kedutaan Myanmar di Jakarta sebagai tanda protes terhadap rampasan kuasa oleh junta tentera negara itu.
Protes digerakkan Gabungan Kesatuan Sekerja Indonesia (KSBSI) itu turut menggesa ASEAN untuk mengambil tindakan tegas berhubung isu panas tersebut.
Penunjuk perasaan juga mahu kerajaan Indonesia bertindak lebih proaktif dalam menangani tekanan yang mendepani rakyat Myanmar ketika ini.
Ini kerana, ia melibatkan isu demokrasi dan hak asasi manusia.
Selain menindas pejuang demokrasi, protes yang berpanjangan di negara itu juga mencerminkan keganasan.
#Myanmar
#ASEAN
#Indonesia
#protes
#keganasan
#tentera
#kerajaan
#rakyat
#Penunjuk perasaan
#Jakarta
#aktivis
#buruh
#Pekerja