Rampasan kuasa Myanmar: Angka korban meningkat kepada 510

Astro Awani
Mac 29, 2021 07:03 MYT
Penunjuk perasaan dilihat menggunakan lastik sambil berlindung di sebalik sekatan ketika mengambil bahagian dalam demonstrasi berterusan menentang rampasan kuasa tentera, di Monywa, dalam wilayah Sagaing, Myanmar, 29 Mac, 2021. REUTERS
SERAMAI 14 lagi penunjuk perasaan anti-rampasan kuasa junta Myanmar terbunuh pada Isnin.
Ini menjadikan angka korban keseluruhan meningkat kepada 510 mangsa sejak rampasan kuasa 1 Februari lalu.
Ketika ini ribuan orang awam masih turun ke jalanan untuk melakukan bantahan terhadap tindakan tentera itu.
Angka korban tertinggi dalam sehari pernah direkodkan adalah pada Sabtu lalu dengan 114 individu terbunuh.
Pihak antarabangsa mengecam tindakan pembunuhan orang awam dan menggunakan kekerasan untuk meleraikan demonstrasi.
Amerika Syarikat menyifatkan tindakan junta Myanmar sebagai menjijikkan dan menggesa pemulihan demokrasi.
Sementara itu, Setiausaha Agung PBB Antontio Guterres mendesak pemimpin tentera Myanmar untuk menghentikan pembunuhan dan penindasan demokrasi.
Pasukan keselamatan Myanmar menggunakan senjata berat untuk membersihkan beg pasir yang dijadikan sekatan oleh penunjuk perasaan.
#Myanmar #kematian #Penunjuk perasaan #rusuhan #Pembunuhan #Amerika Syarikat #Junta #tentera #mangsa #angka korban #PBB #rampasan kuasa
;