Rakyat tolak bekas PM Itali

Astro Awani
Disember 14, 2012 20:05 MYT
Lebih 70 peratus rakyat Itali memberi reaksi negatif terhadap keputusan bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi untuk kembali ke arena politik negara.
Rata-rata rakyat menyifatkan Berlusconi seorang pemimpin yang ketinggalan zaman dan pemimpin yang bertanggungjawab mengheret Itali ke kancah kegawatan ekonomi.
Keadaan bertambah parah apabila pasaran kewangan Itali juga tidak menunjukkan reaksi positif terhadap pengumuman Berlusconi itu.
Berlusconi pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Itali sebanyak tiga kali iaitu dari 1994 hingga 1995, 2001 hingga 2006 dan dari 2008 hingga 2011.
Berlusconi dipaksa untuk meletak jawatan pada penghujung 2011 ekoran krisis hutang kronik di Itali.
Pilihan raya umum itali akan diadakan pada awal 2013.
#Perdana Menteri Itali #Silvio Berlusconi
;