Rakyat Thailand keluar mengundi dalam pungutan suara perlembagaan baharu
Agensi
Ogos 7, 2016 17:44 MYT
Ogos 7, 2016 17:44 MYT
Proses pungutan suara Thailand berjalan lancar di sebalik beberapa bantahan yang berlaku.
Antara lain, pungutan suara memerlukan pengundi memilih untuk menyokong atau tidak perlembagaan baru yang digubal junta tentera.
Perlembagaan itu meyaksikan kerajaan yang bakal dibentuk selepas pilihan raya umum tahun depan harus memerintah mengikut syarat tentera.
Ia adalah ujian populariti terbesar pertama junta yang diketuai Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha, pasca rampasan kuasa dua tahun lalu.
Antara yang terlibat dalam proses ini, bekas perdana menteri Thailand, Yingluck Shinawatra yang menyifatkannya hari yang penting bagi rakyat Thailand dalam memahami proses demokrasi.
Petunjuk awal menggambarkan majoriti rakyat menyokong perlembagaan baharu itu.
Keputusan awal dijangka diumumkan sekitar jam 8 malam waktu tempatan.
Dalam pada itu, Prayuth berkata, beliau tidak akan berundur jika rakyat Thailand menolak perlembagaan tersebut.
Katanya, pilihan raya umum akan tetap diadakan tahun depan walau apapun keputusan pungutan suara.