Rakyat Syria dapat manfaat kerjasama MAPIM-MLLFS

Hilal Azmi
Januari 22, 2014 08:30 MYT
Pusat Kesihatan Al Hayat di bandar Aleppo menyediakan perkhidmatan kesihatan buat rakyat sekitar bandar ini.
Kos bulanan untuk menguruskan pusat kesihatan tersebut bernilai lebih RM15000.
Sejak 2 tahun lalu, pihak Malaysia Life Line for Syria (MLLFS) telah mengambil tanggungjawab sebagai NGO Malaysia yang mengumpul serta menghantar sumbangan kesihatan kepada pusat kesihatan ini.
Kerjasama yang dibuat dalam misi Rescue Syria siri musim sejuk kali ini memberi peluang kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) untuk mengambil tanggungjawab tersebut.
Bermula bulan ini, pusat kesihatan tersebut bakal menerima bantuan daripada rakyat Malaysia yang memberi sumbangan kewangan melalui laman www.tabungSyria.com sejak akhir Oktober lalu.
"Kerjasama ini bukanlah percubaaan meringankan beban MLLFS, tetapi membuka ruang baru buat MLLFS mencari pusat kesihatan lain untuk dibantu dengan sokongan sumbangan dari rakyat Malaysia". Kata Syahrir Azfar Ketua Pegawai Eksekutif MLLFS.
Setakat ini serangan dari pihak rejim ke atas rakyat Syria terus membunuh lebih 300 rakyat hanya untuk tempoh 2 hari kebelakangan ini.
#kesihatan #misi bantuan #pusat kesihatan #Syria
;