Rakyat Perancis mogok bantah naik had usia bersara
Faida Rahim
Januari 19, 2023 16:15 MYT
Januari 19, 2023 16:15 MYT
PARIS: Mogok pekerja di Perancis diadakan hari ini bagi menentang rancangan reformasi pencen yang akan menaikkan had usia persaraan ke 64 tahun.
Memetik portal CNA, cadangan menaikkan usia menimbulkan kemarahan pekerja di Perancis sekaligus menyebabkan perkhidmatan kereta api di Perancis terhenti hari ini.
Bukan itu sahaja, sekolah juga ditutup dan perniagaan turut bakal terjejas berikutan mogok berkenaan.
Protes dan mogok seluruh negara itu dilihat menjadi cabaran besar buat Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan kesatuan sekerja.
Ini kerana pekerja Perancis dijangka perlu bekerja lebih lama sebelum menerima pencen di bawah peraturan baharu dengan umur persaraan nominal meningkat daripada 62 kepada 64.
Di negara dengan penduduk yang semakin tua dan jangka hayat yang semakin meningkat di mana semua orang menerima pencen negara, kerajaan Macron berkata pembaharuan adalah satu-satunya cara mengelak kelumpuhan sistem pencen.
Kesatuan berhujah bahawa baik pulih pencen mengancam hak yang diperjuangkan dengan keras dan mencadangkan cukai ke atas orang kaya atau lebih caruman gaji daripada majikan untuk membiayai sistem pencen.
Tinjauan pendapat mendapati kebanyakan orang Perancis menentang reformasi pencen.
Lebih 200 perhimpunan dijangka di sekitar Perancis termasuk perhimpunan besar di Paris yang melibatkan semua kesatuan Perancis.
Ahli kesatuan CFE-CGC yang mewakili pekerja kolar putih Simone Legendre memberitahu rakyat Perancis sudah muak dengan persekitaran begini.
“Inflasi, persekitaran kerja, pencen… rakyat sudah bosan dengan semua ini dan sebab itu kami percaya ramai akan sertai kami,” kata Legendre.
Dalam pada itu, kesatuan sekerja berasakan sistem baik pulih pencen dilihat mengancam hak yang diperjuangkan dan mencadangkan cukai ke atas orang kaya atau lebih caruman gaji daripada majikan untuk membiayai sistem pencen. Tinjauan pendapat mencadangkan kebanyakan orang Perancis menentang reformasi.
Lebih 200 perhimpunan dijangka di sekitar Perancis hari ini termasuk protes besar-besaran di Paris yang melibatkan semua kesatuan Perancis.
Sementara itu, kesatuan polis yang menentang pembaharuan persaraan turut mengambil bahagian manakala mereka yang tidak membantah sedang bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan terjadi keganasan ketika demonstrasi.