Rakyat Perancis maut selepas pengeboman Israel di Rafah

Agensi
Disember 17, 2023 08:15 MYT
Peperangan antara Israel dan Hamas semakin berlanjutan selepas 60 hari dan belum menunjukkan tanda-tanda ada reda. - Gambar REUTERS
GAZA: Seorang pegawai Kementerian Hal Ehwal Eropah dan Luar Perancis dilaporkan meninggal dunia susulan kecederaan parah akibat pengeboman Israel di Rafah, di selatan Gaza, lapor Al Jazeera.
Mangsa dilaporkan telah berlindung di rumah rakan sekerja dari Konsulat Jeneral Perancis bersama rakan-rakan lain dan keluarga mereka apabila kediaman itu sebelum dibom oleh Israel pada Rabu.
Sehubungan itu, Perancis mengecam pengeboman bangunan kediaman yang turut mengorbankan sebilangan orang awam lain dalam satu kenyataan ringkas yang disiarkan kepada X. - Al Jazeera
#Perang Palestin-Israel #rakyat Perancis maut #Israel serang Gaza' #Israel lancar serangan
;