Rakyat Perancis keluar mengundi pada Ahad

Bernama
Jun 30, 2024 18:45 MYT
Pusat pengundian dibuka pada 8 pagi (0600GMT), dengan pusat mengundi dibuka selama 12 jam. - Foto REUTERS
ANKARA: Rakyat Perancis mula menuju ke pusat pengundian pada Ahad untuk memilih Ahli Parlimen baharu, lapor Agensi Anadolu.
Lebih 49 juta pengundi berdaftar akan memilih 577 ahli Parlimen untuk tempoh lima tahun.
Pusat pengundian dibuka pada 8 pagi (0600GMT), dengan pusat mengundi dibuka selama 12 jam.
Presiden Perancis Emmanuel Macron membubarkan parlimen dan mengumumkan pilihan raya mengejut selepas Parti Kebangsaan Rakyat (RN) berhaluan kanan mendapat lebih daripada 31 peratus undi dalam pilihan raya Parlimen Eropah pada 9 Jun.
Pilihan raya parlimen negara ini akan diadakan dalam dua pusingan, dengan pusingan penentu dijadualkan pada 7 Julai.
Sebuah parti politik atau pakatan memerlukan sekurang-kurangnya 289 kerusi untuk memperoleh majoriti di Dewan Negara.
-- BERNAMA
#rakyat Perancis #mengundi #ahli Parlimen #Parti Kebangsaan Rakyat
;