Rakyat Paraguay mula mengundi pada Ahad untuk memilih presiden
Bernama
April 30, 2023 04:20 MYT
April 30, 2023 04:20 MYT
BUENOS AIRES: Rakyat Paraguay keluar mengundi pada Ahad untuk memilih presiden baharu.
Dua calon yang dilihat paling menonjol ialah Santiago Pena, 44, dari Parti Colorado, parti yang memerintah dan telah berkuasa selama lebih 70 tahun manakala Efrain Alegre, 60, dari Parti Authentic Radical Liberal, kali terakhir bertanding pada 2013 dan 2018.
Efrain Alegre mengetuai pakatan yang merangkumi 14 parti pembangkang.
Selain itu, rakyat Paraguay juga akan memilih naib presiden, Ahli Parlimen dan gabenor, lapor Sputnik.
Pusat mengundi akan ditutup pada 4 petang waktu tempatan (20:00 GMT) dan keputusan dijangka diumumkan pada hari yang sama.
Pengundian kali ini menyaksikan peti undi elektronik digunakan buat kali pertama dalam sejarah pilihan raya Paraguay.
Pelantikan presiden akan dilakukan pada 15 Ogos dan akan menerajui pentadbiran negara untuk tempoh lima tahun.
-- BERNAMA