Rakyat Palestin turun ke jalanan selepas kematian al-Arouri

Astro Awani
Januari 2, 2024 07:20 MYT
Antara rakyat Palestin yang turun ke jalan di Ramallah bagi mengadakan protes terhadap pembunuhan pemimpin kanan Hamas, Saleh al-Arouri. - Foto REUTERS
RAMALLAH: Rakyat Palestin turun ke jalanan di bandar Ramallah, Tebing Barat sejurus selepas laporan kematian pegawai tertinggi Hamas, Saleh al-Arouri di Lubnan pada Selasa.
Mereka menuntut balas dendam ke atas pembunuhan a-Arouri sambil melaungkan slogan dan menyeru Setiausaha Agung Hezbollah di Lubnan, Sayyed Hassan Nasrallah untuk mengambil tindakan.
Sebelum itu, agensi nasional Lubnan berkata, serangan dron Israel di Beirut telah membunuh al-Arouri dan beberapa pejuang Hamas yang lain.
Pemimpin Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah telah berikrar untuk bertindak balas terhadap mana-mana pihak Israel yang menyasarkan pegawai Palestin di Lubnan.
#protes #Saleh Al-Arouri #Sayyed Hassan Nasrallah #Israel
;