Rakyat Palestin tidak akan tinggalkan Gaza - Pemimpin Hamas

Agensi
Oktober 14, 2023 22:15 MYT
Pemimpin pejuang Hamas menegaskan, rakyat Palestin tidak akan meninggalkan Gaza atau Tebing Barat untuk berhijrah ke Mesir. - Gambar AP
GAZA: Pemimpin pejuang Hamas menegaskan, rakyat Palestin tidak akan meninggalkan Gaza atau Tebing Barat untuk berhijrah ke Mesir.
Ini walaupun selepas desakan rejim Israel agar lebih sejuta penduduk di kawasan itu meninggalkan rumah mereka dan menuju ke selatan.
Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh berkata, keputusan rakyat Palestin adalah untuk kekal di tanah air mereka.
Mesir berkongsi sempadan dengan Gaza dan bimbang kemungkinan penduduk Palestin menjadi pelarian disebabkan pengepungan dan pengeboman rejim Israel ke atas wilayah itu.
Seperti negara-negara Arab yang lain, Mesir menegaskan rakyat Palestin harus tinggal di tanah mereka.
Mesir dalam masa sedang berusaha untuk mendapatkan penghantaran bantuan ke Semenanjung Gaza.
Pada Jumaat, Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant mendakwa orang awam Palestin yang ingin menyelamatkan nyawa kononnya mesti mematuhi arahan rejim Israel untuk berpindah ke selatan di Gaza. - Agensi
#Perang Palestin-Israel #rakyat Palestin #Gaza #Hamas