Rakyat negara ini terlalu miskin sehingga sanggup makan 'kek lumpur'?
Agensi
Mac 10, 2019 15:31 MYT
Mac 10, 2019 15:31 MYT
HAITI dikenali sebagai antara negara paling miskin, malah keadaannya semakin memburuk sejak ia dilanda bencana gempa bumi besar pada 2010.
Keadaan rakyatnya dilapor sangat memilukan sehingga ada kalangan mereka yang dikatakan terpaksa makan lumpur.
Press TV dalam laporannya menyebut ada dalam kalangan rakyat Haiti yang terlalu miskin sehingga memaksa mereka memakan kek yang dibuat daripada lumpur kering.
"Lumpur ini juga kami gunakan untuk buat pinggan, rantai, sabun, krim dan serbuk bedak," kata seorang warga Haiti yang ditemu ramah Press TV.
Tetapi tahukah anda, kek lumpur berkenaan juga sering dijadikan ubat untuk mengubati pelbagai jenis penyakit oleh orang tempatan?
Laporan Program Makanan Sedunia (WFP) pada 2013 menyatakan kek lumpur berkenaan dicampur dengan beberapa mineral seperti garam dan air menjadi makanan berubat yang sering dijamah penduduk tempatan.
"Mereka memakannya seperti anda makan roti, bagi mereka ia sama sahaja," Lesly Guillaume jurucakap WHP Haiti.