Rakyat Myanmar berkabung, tangisi pemergian penunjuk perasaan yang terkorban
Astro Awani
Februari 21, 2021 06:48 MYT
Februari 21, 2021 06:48 MYT
NAYPYITAW: Di ibu kota Myanmar, orang ramai menghadiri pengebumian seorang wanita muda yang terbunuh dalam tunjuk perasaan menentang rampasan kuasa tentera.
Mya Thwe Thwe Khaing ditembak tepat di kepalanya sebelum ulang tahunnya yang ke-20.
Kes itu merupakan yang pertama dengan sekurang-kurangnya tiga orang maut dalam tunjuk perasaan.
Pada Ahad, ribuan orang berbaris di jalanan bagi memberikan penghormatan terakhir dan salam tiga jari.
Junta tentera laksana rampasan kuasa awal bulan ini.
Janji untuk mengadakan pilihan raya awal gagal memuaskan penunjuk perasaan yang juga menuntut pembebasan pemimpin Aung San Suu Kyi dan anggota parti Parti Liga Nasional untuk Demokrasi (NLD) yang lain.
Tentera mendakwa kemenangan pilihan raya NLD tahun lalu adalah penipuan namun tiada bukti yang dikemukakan.
Dua penunjuk perasaan mati ditembak ketika polis menggunakan peluru hidup untuk meleraikan orang ramai.
Kematian itu menimbulkan kecaman yang meluas termasuk daripada Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres.