Rakyat Mesir setuju perlembagaan baru

Astro Awani
Disember 23, 2012 06:50 MYT
Persetujuan rakyat Mesir terhadap perlembagaan baru memberikan petanda baik kepada kestabilan negara itu.
Hasil pungutan dilihat mampu menyelesaikan kemelut politiknya
Pemerhati politik dari Kaherah Abdul Haris Bain berkata, rakyat Mesir inginkan penyelesaian berlandaskan undang-undang.
“Penerimaan rakyat terhadap perlembagaan ini akan menamatkan segala kekalutan yang memakan hampir 2 tahun setelah berlakunya revolusi.”
Pungutan suara terpaksa diadakan dalam usaha Presiden Mohamed Mursi untuk mengembalikan keamanan di negara Asia Barat itu.
Krisis politik Mesir merebak semula pada 22 November selepas Morsi mengeluarkan perintah memberikan beliau kuasa lebih luas dan mengundang protes besar-besaran.
#Mesir #mohamed mursi #pungutan suara
;