Rakyat Malaysia tangguh sambut Krismas di Danok

Astro Awani
Disember 24, 2013 18:35 MYT
Bandar di sempadan Malaysia-Thailand seperti Danok kebiasaanya menjadi tumpuan sempena cuti Hari Krismas dan sekaligus menyambut kedatangan tahun baru.
Namun, disebabkan serangan bom hujung minggu lalu, ramai rakyat Malaysia menangguhkan percutian ke selatan Thailand disebabkan faktor keselamatan.
Saban tahun, perkarangan Hotel Oliver yang menjadi salah satu lokasi serangan bom minggu lalu, adalah tempat popular bagi sambutan Krismas dan tahun baru.
Populariti lokasi berkenaan membolehkan ia mendapat nama jolokan, pekan Krismas.
Walaupun, kedatangan pengunjung ke pekan berkenaan kini malap, persiapan bagi sambutan Krismas tetapi dibuat oleh pengusaha pusat penginapan.
Menurut pemilik Hotel KPK, Kang Phee Keat, tempahan bilik bagi sambutan hari Krismas masih dibuka berbanding tahun sebelum ini yang sentiasa penuh.
Dalam serangan bom Ahad lalu, dua warga Thailand terbunuh manakala 24 lagi cedera.
Berdasarkan rakaman litar tertutup (CCTV), letupan berlaku sebaik sahaja sebuah pikap diletakkan di perkarangan Hotel Oliver.
#bom #Danok #Krismas #letupan #rakyat Malaysia
;