Rakyat Malaysia ditahan di India disyaki miliki dadah

Bernama
Mei 1, 2016 12:04 MYT
Lelaki berusia 18 tahun itu ditahan pihak kastam India kira-kira jam 11 malam waktu tempatan pada 27 April lepas. - Gambar fail
Seorang rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, New Delhi, India berikutan disyaki memiliki dadah.
Jurucakap Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi ketika dihubungi Bernama berkata lelaki berusia 18 tahun itu ditahan pihak kastam India kira-kira jam 11 malam waktu tempatan pada 27 April lepas.
"Lelaki berkenaan berlepas dari Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dengan menaiki pesawat Emirates Airlines," katanya.
Menurutnya, hasil pemeriksaan pihak berkuasa menemui dadah seberat dua kilogram (dipercayai kokain) dalam beg sandang yang dibawanya.
"Dia kini ditahan reman selama 15 hari," kata jurucakap itu.
#India #Indira Gandhi #lapangan terbang #miliki dadah #New Delhi #rakyat Malaysia
;