Rakyat Malaysia dipenjara 48 bulan kerana curi cip kasino S$1 juta

Bernama
Februari 29, 2016 23:16 MYT
Yeoh ditahan di Malaysia selepas kira-kira lima bulan mencuri di Marina Bay Sands Casino pada September. - Gambar hiasan/AFP
Seorang rakyat Malaysia dijatuhi hukuman penjara 48 bulan oleh mahkamah bagi kesalahan mencuri cip kasino bernilai hampir S$1 juta (RM2.9 juta) sebelum melarikan diri dari negara ini.
ChannelNewsAsia melaporkan selain cip itu, Jackson Yeoh turut melarikan kunci sebuah kereta BMW, tiga keping kad kredit dan wang tunai S$9,100 (RM27,216).
Yeoh ditahan di Malaysia selepas kira-kira lima bulan mencuri di Marina Bay Sands Casino pada September.
Menurut laporan itu, daripada jumlah S$910,600 yang dicurinya daripada seorang pesara warga Singapura berumur 71 tahun itu, sebanyak S$701,000 telah ditemukan semula.
Pihak pendakwa raya dipetik sebagai berkata cip itu akan dipulangkan kepada mangsa menerusi polis.
Apabila ditahan di Kuching, Sarawak, laporan itu menyatakan Yeoh mendakwa telah membuang kad kredit dan kunci kereta itu dan menggunakan wang tunai itu untuk berjudi dan perbelanjaan peribadi.
#curi di kasino Singapura #Marina Bay Sands Casino
;