Rakyat Malaysia antara yang ditahan imigresen Sydney
Bernama
Februari 18, 2013 16:45 MYT
Februari 18, 2013 16:45 MYT
Seorang rakyat Malaysia adalah di antara empat pekerja asing yang ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney kerana memasuki Australia secara tidak sah.
Dalam laporannya, ABC berkata tiga pekerja lain berasal dari China dan Korea Selatan.
Bagaimanapun, seorang daripada mereka diberi visa penyambung.
Mereka ditahan dalam satu operasi Jabatan Imigresen dan Kewarganegaraan, menurut laporan itu.