Rakyat Jerman berhimpun kutuk tindakan Israel serang Palestin

Astro Awani
Mei 15, 2021 06:20 MYT
Ratusan turun ke jalan di bandar Cologne, Jerman pada Sabtu bagi menyatakan bantahan terhadap serangan Israel di Gaza. -Reuters
BERLIN: Ratusan turun ke jalan di bandar Cologne, Jerman pada Sabtu bagi menyatakan bantahan terhadap serangan Israel di Gaza.
Penunjuk perasaan naik ke monumen di Dataran Heumarkt dan mengibarkan bendera Palestin dengan sorakan dan laungan slogan pro-Palestin.
Demonstrasi itu dikawal penuh pihak berkuasa.
Polis menganggarkan sekitar 800 orang hadir ke protes tersebut.
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan bersidang pada Ahad bagi membincangkan isu ketegangan konflik Palestin-Israel yang semakin memuncak ketika ini.
Sesi itu mendapat persetujuan untuk diadakan secara televideo yang dijadual berlangsung kira-kira jam 10 malam waktu Malaysia.
Amerika Syarikat sebelum ini dikatakan menolak beberapa cadangan daripada negara Islam untuk sidang tersebut diadakan lebih awal.
#Gaza #Israel #Jerman #protes #Penunjuk perasaan #Palestin #PBB #Cologne #bendera Palestin
;