Rakyat Greece pilih anggota Parlimen baharu

Bernama
Jun 25, 2023 12:40 MYT
Seorang lelaki membuang undi di sebuah pusat mengundi di Athens, sempena pilihan raya umum Greece, 25 Jun 2023. - REUTERS
ATHENS: Sekitar 9.8 juta pengundi Greece akan melaksanakan tanggungjawab memilih Anggota Parlimen yang baharu pada Ahad, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Tinjauan pendapat menunjukkan kemenangan dijangka diperoleh parti konservatif Nea Dimokratia (ND), yang dipimpin oleh Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis, dengan beberapa pihak menyatakan parti itu mungkin mendapat lebih 40 peratus undi.
Persatuan Kiri Radikal (Syriza), yang dipimpin oleh Alexis Tsipras, dijangka memperoleh sekitar 20 peratus undi, menurut tinjauan pendapat.
Secara keseluruhannya, kira-kira 32 parti bertanding dalam pilihan raya kali ini.
Pusat mengundi dibuka pada jam 7 pagi (0400 GMT) dan tutup pada jam 7 petang waktu tempatan.
Pembentukan kerajaan di bawah Mitsotakis dilihat hampir pasti berdasarkan sistem pilihan raya Greece, di mana parti yang memperoleh undian tertinggi akan menerima tambahan sekurang-kurangnya 20 kerusi dalam Parlimen.
-- BERNAMA
#Nea Dimokratia #Kyriakos Mitsotakis #pilihan raya Greece #Parlimen Greece
;