Rakyat Filipina keluar mengundi bagi memilih wakil rakyat dan Presiden

Agensi
Mei 9, 2016 09:27 MYT
Pilihan raya hari ini adalah yang kelima sejak revolusi 'kuasa rakyat' yang membawa kepada kejatuhan bekas presiden Ferdinand Marcos pada 1986. - Foto AFP
Lebih 55 juta pengundi akan menunaikan kewajipan dalam memilih teraju baharu kepimpinan Filipina dalam Pilihan Raya Presiden negara itu hari ini.
Proses pengundian sedang berlangsung dengan laporan berlaku insiden serangan ke atas sebuah konvoi kenderaan beberapa jam sebelum pusat mengundi dibuka pagi ini.
Tujuh maut manakala beberapa yang lain cedera dalam kejadian itu.
Pilihan Raya Presiden dan Pilihan Raya Umum Filipina diadakan serentak bagi menentukan siapa Presiden dan Naib presiden Filipina bagi penggal akan datang.
Selain itu jawatan dalam Dewan Kongres dan Kerajaan Tempatan turut jadi rebutan.
Suruhanjaya Pilihan Raya Filipina memastikan proses kali ini tidak dicemari penipuan atau penyelewengan undi dengan memastikan pengurusannya berjalan lancar.
Antaranya penyediaan peralatan mengundi diagih awal ke pusat pengundian berdekatan bagi memastikan kejadian tidak diingini berlaku.
Pilihan raya hari ini adalah yang kelima sejak revolusi 'kuasa rakyat' yang membawa kepada kejatuhan bekas presiden Ferdinand Marcos pada 1986.
#Manila #mengundi #pilihan raya Filipina #Pilihan Raya Presiden Filipinja
;