Rakyat Filipina diberi pilihan ambil vaksin COVID-19 atau dipenjara

Afiezy Azaman
Jun 22, 2021 08:47 MYT
Duterte turut tidak berganjak dengan keputusan agar sekolah tidak dibenarkan dibuka. - Foto Robinson Ninal Jr./Malacanang Presidential Photographer
RAKYAT Filipina yang enggan mengambil vaksin COVID-19 berdepan hukuman penjara.
Presiden Rodrigo Duterte memberi amaran tersebut ketika Filipina menjadi salah satu negara Asia yang terjejas teruk akibat pandemik itu dengan 1.3 juta kes positif dan lebih 23,000 kes kematian.
"Anda pilih, vaksin atau saya akan penjarakan anda," katanya semasa ucapan di dalam televisyen pada Isnin susulan laporan jumlah kehadiran rendah di beberapa pusat vaksinasi di Manila.
Ucapan Duterte bertentangan dengan pegawai kesihatannya yang menyatakan walaupun orang ramai digesa mendapat vaksin COVID-19, namun ia adalah secara sukarela.
"Jangan salah faham, terdapat krisis dalam negara ini. Saya hanya terganggu dengan rakyat Filipina yang tidak mengendahkan arahan kerajaan.
Setakat 20 Jun, pihak berkuasa Filipina telah menvaksinasi 2. 1 juta orang, angka yang dilihat agak rendah jika negara itu ingin mencapai sasaran kerajaan 70 juta orang divaksin tahun ini dalam negara berpopulasi 110 juta itu.
Duterte yang dikritik kerana pendekatan tegasnya dalam mengawal virus turut tidak berganjak dengan keputusan agar sekolah tidak dibenarkan dibuka.
#Filipina #Rodrigo Duterte #vaksin #COVID-19 #pandemik #virus
;