Rakyat Eropah dinasihat tinggalkan Benghazi

Astro Awani
Januari 24, 2013 06:56 MYT
Beberapa negara Eropah menggesa rakyatnya meninggalkan Benghazi, di Libya beberapa hari selepas serangan pelampau ke atas kompleks gas Ain Amenas di Algeria.
Amaran tersebut dikeluarkan Britain, Belanda dan Jerman.
Britain sebelum ini menyifatkan serangan di Algeria dengan jelas menunjukkan rakyat barat sebagai sasaran utama kumpulan militan.
Penganalisis Asia Barat, George Joffe menjelaskan amaran itu merupakan tindak balas terhadap ancaman yang diterima susulan serangan tentera Perancis di Mali dan pelampau di Ain Amenas.
Namun, beliau percaya kedua-dua kumpulan yang terlibat dalam dua serangan itu, tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain.
Ancaman utama katanya adalah kumpulan yang berpengkalan di Benghazi.
Amaran yang dikeluarkan oleh Britain itu turut menyebabkan syarikat air Malta membatalkan penerbangan ke Benghazi, pada Khamis.
Krisis tebusan di kompleks gas di Ain Amenas di Algeria, minggu lalu telah menyebabkan 38 tebusan terkorban.
Kompleks itu terletak berhampiran sempadan Libya.
#Algeria #benghazi #Libya #Mali #Pelampau
;