Rakyat beberapa negara mula dikeluarkan dari Afghanistan

Astro Awani
Ogos 16, 2021 08:05 MYT
Pesawat Airbus A400M bersedia di Pangkalan Angkatan Tentera Udara Wunstorf bagi mengeluarkan rakyat Jerman dari Afghanistan. - Foto Julian Stratenschulte/dpa via AP
KEADAAN politik tidak stabil yang mencetuskan kebimbangan berhubung isu keselamatan menyebabkan beberapa negara memindahkan warga mereka dari Afghanistan.
Keputusan dibuat ketika puak Taliban dilaporkan hampir mengawal Kabul.
Britain antara negara terawal memindahkan warganya dan operasi dijalankan dengan bantuan Brigade Tentera Udaranya.
Menurut Perdana Menteri Boris Johnson, operasi akan turut membawa keluar warga Afghanistan yang layak.
Warga Itali di kedutaan di Afghanistan pula diterbangkan dengan helikopter ke lapangan terbang.
Mereka kemudian akan menaiki penerbangan keluar dari negara itu.
Pemindahan dibuat atas faktor keselamatan.
Croatia turut memindahkan 23 warganya yang berada di ibu negara Afghanistan.
Mereka menaiki helikopter dan dibawa ke lapangan terbang.
Sebahagian daripada mereka yang dipindah merupakan kontraktor yang bekerja dengan syarikat asing di negara berkenaan.
#Afganistan #rakyat #keluarg #warga asing #Britain #Itali #Croatia #Taliban #keselamatan
;