'Rakyat Amerika didahulukan' - Trump

Agensi
Julai 22, 2016 03:10 MYT
TRUMP: "Pengaruh Amerika, bukan globalisme, jadi pertaruhan kami". = Gambar fail
Calon Parti Republikan Donald Trump hari ini secara rasmi menerima pencalonan untuk pilihan raya Presiden Amerika Syarikat pada November depan.
Trump berikrar akan meletakkan keutamaan terhadap rakyat Amerika dalam polisi luar sekiranya beliau dilantik sebagai wakil ke White House kelak.
“Perbezaan yang amat ketara di antara pelan kami dengan pihak lawan ialah kami meletakkan Amerika dahulu. Pengaruh Amerika, bukan globalisme, jadi pertaruhan kami,” katanya.
“Rakyat Amerika akan menjadi keutamaan, sekali lagi,” katanya.
[BERITA LANJUT MENYUSUL]
#Calon Parti Republikan Donald Trump hari ini secara rasmi menerima pencalonan untuk pilihan raya Presiden Amerika Syarikat pada November depan #White House