Rakyat Afghanistan mahu kerajaan Taliban diiktiraf
Astro Awani
Januari 2, 2022 06:35 MYT
Januari 2, 2022 06:35 MYT
RAKYAT Afghanistan berarak di jalanan di ibu negara Kabul pada Ahad, menggesa masyarakat antarabangsa mengiktiraf kerajaan pimpinan Taliban.
Menurut mereka, kerajaan itu harus diperakui di seluruh dunia kerana ia adalah kerajaan yang memimpin Afghanistan ketika ini.
Sehingga kini, tiada negara yang mengiktiraf kepimpinan Taliban secara rasmi sejak mereka mengambil alih pentadbiran negara itu pada Ogos tahun lalu.
Sejak itu juga, Afghanistan melalui pelbagai krisis kemanusiaan, ekonomi, serta berdepan peningkatan dari segi kadar kemiskinan.
Taliban dalam masa sama turut berjanji mengubah cara pentadbirannya berbanding kali pertama mereka menguasai Afghanistan kira-kira 20 tahun yang lalu.
Ini termasuk memperjuangkan pendidikan buat kaum wanita negara itu.