Rakan mangsa rogol tampil cerita serangan
Astro Awani
Januari 5, 2013 11:12 MYT
Januari 5, 2013 11:12 MYT
Rakan kepada mangsa rogol beramai-ramai di New Delhi, tampil buat pertama kalinya bagi menceritakan serangan tersebut yang disifatkannya sebagai amat tragis dan menakutkan.
Lelaki tersebut yang tidak didedahkan identitinya memberitahu serangan penuh dengan azab itu berlaku selama dua setengah jam.
Namun katanya apa yang menyedihkan orang ramai yang melalui jalan tersebut tidak mempedulikan mereka yang ketika itu berada dalam keadaan bogel.
Hanya selepas 25 minit barulah ada individu berhenti dan membuat laporan.
Polis pula katanya saling bertelingkah mengenai isu kawasan sebelum memberikan bantuan.
Ketika dalam bas katanya mereka cuba menjerit namun tiada siapa yang mendengar. Dia dipukul dengan besi manakala mangsa yang cuba menghubungi polis melalui telefon bimbitnya telah dihalang sebelum dirogol.
Hanya selepas penjenayah itu menyangka mangsa telah meninggal dunia. Mereka berdua kemudiannya dihumban ke luar tingkap. Penjenayah itu juga cuba melanggar mereka.
Akibat kejadian itu, dia mengalami patah kaki dan terpaksa menggunakan kerusi roda.
Manakala mangsa cedera teruk dan meninggal dunia di hospital di Singapura.
Insiden berkenalan telah mencetuskan kemarahan penduduk hingga membangkitkan kemarahan ramai terutama golongan wanita.