Rakaman pesawat Bek Air dihantar ke Moscow untuk dianalisis

Agensi
Disember 28, 2019 21:23 MYT
Terdahulu, pesawat yang membawa 98 penumpang itu terhempas hilang kawalan semasa berlepas sebelum berlanggar dengan pagar konkrit dan sebuah bangunan kecil. Foto: AP NEWSROOM
RAKAMAN pesawat milik Bek Air yang terhempas di Almaty, Kazakhstan pada Jumaat sudah ditemui dan kini dalam perjalanan untuk dianalisis di Moscow.
Menurut Timbalan Menteri Industri dan Pembangunan Infrastruktur, Berik Kamaliyev, pasukan penyiasat kini meneruskan siasatan terhadap kerosakan pesawat yang terhempas itu.
Sementera pasukan teknikal bertungkus-lumus membersihkan sisa minyak dan pelincir yang masih terdapat pada pesawat tersebut.
Terdahulu, pesawat yang membawa 98 penumpang itu terhempas hilang kawalan semasa berlepas sebelum berlanggar dengan pagar konkrit dan sebuah bangunan kecil.
BACA: Pesawat sentuh landasan dua kali selepas berlepas - TPM Kazakhstan
12 direkodkan maut manakala 54 yang lain cedera dan 10 daripadanya dalam keadaan kritikal kini menerima rawatan di hospital.
Pada Jumaat, Timbalan Perdana Menteri Kazakhstan, Roman Sklyar memaklumkan pesawat yang terhempas di Almaty pada Jumaat menemui dua corak pada bahagian tepi pesawat yang dikenal pasti sebagai Fokker-100 itu.
Dalam satu sidang media, Sklyar turut menjelaskan pesawat tersebut menyentuh landasan dua kali semasa berlepas dan kerosakan berlaku pada bahagian depan pesawat.
#Almaty #Bek Air #Berik Kamaliyev #Kazakhstan #Menteri Pengangkutan #pesawat
;