Rakaman CCTV eskalator Hong Kong tiba-tiba berbalik arah sebabkan 18 cedera

Kohilah Sekaran
Mac 26, 2017 03:34 MYT
Sekurang-kurangnya 18 orang tercedera selepas salah sebuah eskalator terpanjang di Hong Kong mengalami masalah teknikal semalam.
Sekurang-kurangnya 18 orang tercedera selepas salah sebuah eskalator terpanjang di Hong Kong mengalami masalah teknikal semalam.
Rakaman video kejadian yang kini tular di media sosial menunjukkan eskalator yang berukuran 45 meter panjang di pusat membeli-belah Langham Place itu berbalik arah secara tiba-tiba dan menyebabkan ramai pengguna jatuh tanpa kawalan.
Insiden itu berlaku pada kira-kira jam 4 petang (waktu tempatan).

Another video of today's escalator accident in Hong Kong. 17 people injured, 2 in serious condition. pic.twitter.com/egr9J6EdpW

— Snufkin (@Anon_Snufkin) March 25, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut portal Chanel News, 14 wanita dan empat lelaki mengalami kecederaan - salah seorang mengalami kecederaan di bahagian kepala dan berada dalam keadaan kritikal.
Mereka kini dirawat di Hospital Kwong Wah dan Hospital Queen Elizabeth.
Seorang mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kaki berkata eskalator itu bergerak dua kali lebih cepat daripada yang biasa.
Tambahnya, eskalator yang sama telah berhenti untuk beberapa minit pada tengah hari itu.
Seorang lagi saksi, Tina berkata ketika kejadian, orang ramai mula panik dan menjerit dalam ketakutan.
"Saya mendengar orang menjerit, keadaan menjadi panik dan ada yang jatuh ke bawah,” katanya.
Jurucakap Langham Place menyatakan bahawa semua eskalator di pusat membeli-belah itu telah diperiksa mengikut undang-undang oleh syarikat Otis Elevator (kontraktor penyenggaraan).
“Eskalator yang mengalami kerosakan itu menjalani pemeriksaan tahunan dua kali setahun, dengan pemeriksaan yang terakhir dibuat pada 27 Januari lalu serta pemeriksaan rutin setiap dua minggu,” kata jurucakap itu.
Difahamkan, pihak pengurusan pusat membeli belah bersama syarikat Otis Elevator sedang menyiasat kejadian.
#escalator #Hong Kong #Langham Place #mong kok