Rajinikanth umum tubuh parti politik sendiri
Astro Awani
Disember 3, 2020 23:02 MYT
Disember 3, 2020 23:02 MYT
CHENNAI: Pelakon dan ahli politik Rajinikanth atau nama sebenarnya, Shivaji Rao Gaekwad mengumumkan akan menubuhkan parti politiknya sendiri menjelang Januari tahun depan.
Menurut bintang sensasi dari India itu, perincian bagi partinya akan diumumkan pada 31 Disember nanti.
Perkara itu sekali gus menghentikan spekulasi selama dua dekad yang bermula sejak 1996 berkaitan penglibatan bintang filem itu dalam dunia politik.
Dalam pada itu, Rajinikanth berkata menerusi laman Twitter rasminya bahawa partinya itu akan menumpukan kepada kejujuran dan kerohanian serta menjauhi rasuah.
Mac lalu, Rajinikanth umum beliau tidak akan bertanding bagi jawatan ketua menteri atau bertanding dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu pada 2021.
Namun, beliau berucap dalam sidang media pada Khamis bahawa minatnya untuk melangkah masuk dunia politik adalah demi kebaikan warga Tamil Nadu, sambil mendakwa beliau akan mewakili rakyat dan kemenangannya adalah kemenangan rakyat.
Politik di Tamil Nadu kini dikuasai All India Anna Dravida Munnetra Kazhagam (AIADMK) dan Dravida Munnetra Kazhagam (DMK).
#Twitter
#India
#Rajinikanth
#politik
#pilihan raya
#Ketua Menteri
#Tamil Nadu
#All India Anna Dravida Munnetra Kazhagam
#Dravida Munnetra Kazhagam
#DMK
#AIADMK