Raja Thailand kurangkan hukuman penjara Thaksin kepada setahun

Agensi
September 1, 2023 09:34 MYT
Keputusan itu diumumkan menerusi warta istana pada Jumaat, sehari selepas Thaksin Shinawatra mengemukakan permohonan pengampunan diraja. - Reuters
BANGKOK: Raja Thailand Maha Vajiralongkorn perkenan mengurangkan hukuman penjara bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra daripada lapan tahun kepada setahun.
Keputusan itu diumumkan menerusi warta istana pada Jumaat, sehari selepas Thaksin mengemukakan permohonan pengampunan diraja.
Selepas kembali daripada kehidupan dalam buangan selama 15 tahun minggu lalu, Thaksin dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun atas kesalahan konflik kepentingan dan salah guna kuasa semasa memerintah.
Thaksin, 74 tahun, dipindahkan dari penjara ke hospital pada malam pertama ditahan susulan kebimbangan berhubung tekanan darah dan sakit dada.
Menurut warta istana tersebut, Thaksin disifatkan “telah melakukan kebaikan buat negara dan rakyat” serta “setia kepada monarki”.
“Beliau menghormati proses, mengakui kesalahannya, menginsafi, menerima keputusan mahkamah. Kini, beliau sudah tua dan mempunyai penyakit yang memerlukan rawatan oleh ahli perubatan profesional.”
#Maha Vajiralongkorn #Thaksin Shinawatra #hukuman penjara #Pengampunan Diraja