Raja Sweden Carl XVI Gustaf rai ulang tahun pemerintahan ke-50
Bernama
September 17, 2023 15:28 MYT
September 17, 2023 15:28 MYT
STOCKHOLM: Selepas beberapa hari sambutan, Raja Sweden Carl XVI Gustaf melengkapkan perayaan ulang tahun ke-50 tahun baginda di atas takhta dengan menaiki kenderaan mewah dan menghadiri konsert ulang tahun yang meriah pada Sabtu.
Kenderaan Raja Carl bersama Ratu Silvia, melalui jalan di pusat Stockholm yang dihadiri beribu-ribu rakyat jelata, lapor Agensi Berita dpa.
Pasangan diraja itu kemudiannya menghadiri konsert yang menampilkan lagu-lagu hits sepanjang pemerintahannya, dengan lagu-lagu Abba yang hasil karyanya pernah meletakkan Sweden sebagai pemenang dalam Eurovision Song Contest (ESC).
Beliau menaiki tahta 50 tahun lepas semasa berusia 27 tahun.
Hari ini, beliau adalah raja paling lama berada di atas tahta dalam sejarah Sweden dan seorang pemerintah paling lama berkhidmat di dunia.
Ratu Silvia Sommerlath, merupakan wanita yang mencetuskan populariti keluarga diraja ini.
Dilahirkan di Heidelberg, Jerman, Ratu Silvia berkenalan dengan baginda pada Sukan Olimpik 1972 di Munich dan berkahwin empat tahun kemudian.
Ketua-ketua negara Nordik yang lain turut memberi penghormatan kepada baginda pada Jumaat, manakala Sabtu dikhaskan kepada rakyat Sweden untuk meraikan raja mereka.
-- BERNAMA