Raja Sepanyol kutuk referendum kemerdekaan Catalonia
Astro Awani
Oktober 4, 2017 08:44 MYT
Oktober 4, 2017 08:44 MYT
RAJA Sepanyol, King Felipe VI mengutuk penganjur referendum kemerdekaan Catalonia kerana meletakkan diri mereka di luar undang-undang.
Beliau juga berkata keadaan semasa di Sepanyol adalah serius dan mengharapkan keamanan akan dicapai.
Ratusan ribu orang di Catalonia melakukan protes dan keganasan terhadap polis Sepanyol semasa undian pada Ahad menyebabkan hampir 900 orang cedera.
Sementara itu, pemimpin Catalonia berkata, wilayah autonomi akan mengisytiharkan kemerdekaan dalam masa beberapa hari.
Dalam temu bual pertamanya sejak referendum itu, Carles Puigdemont berkata kerajaannya akan bertindak pada akhir minggu ini atau permulaan seterusnya.