Raja Salman perkenan bantuan Ramadan bernilai AS$800 juta kepada rakyat Arab Saudi

Agensi
April 6, 2023 08:00 MYT
Raja Salman telah memperkenankan bantuan Ramadan bernilai lebih 3 bilion Riyal (AS$800 juta) kepada rakyat Arab Saudi. - Foto fail/REUTERS
RAJA Arab Saudi, Raja Salman telah memperkenankan bantuan Ramadan bernilai lebih 3 bilion Riyal (AS$800 juta) kepada rakyat negara itu dengan ketua keluarga menerima 1,000 Riyal (AS$266), manakala, 500 Riyal (AS$133) pula disalurkan kepada setiap anggota keluarga.
Arab News melaporkan, sumbangan kewangan itu akan didepostikan ke akan akaun bank penerima pada Rabu.
Golongan balu, anak yatim, pengangggur serta orang kurang upaya merupakan antara yang menerima sumbangan sosial daripada kerajaan Arab Saudi.
Tidak ketinggalan, golongan pekerja yang berpendapatan rendah selain mereka yang terkesan akibat bencana alam juga disenaraikan sebagai antara yang layak menerima sumbangan yang turut merangkumi bantuan sokongan perkahwinan, pinjaman rumah tanpa faedah serta skim pinjaman pengubahsuaian rumah.
Menteri Sumber Manusia dan Pembangunan Sosial Arab Saudi, Ahmad Al-Rajhi menzahirkan rasa syukur dan penghargaan di atas keluhuran pemerintah negara itu di atas inisiatif berkenaan.
#raja arab saudi #Raja Salman #bantuan Ramadan #sumbangan sosial
;