Arab News melaporkan, sumbangan kewangan itu akan didepostikan ke akan akaun bank penerima pada Rabu.
Golongan balu, anak yatim, pengangggur serta orang kurang upaya merupakan antara yang menerima sumbangan sosial daripada kerajaan Arab Saudi.
Tidak ketinggalan, golongan pekerja yang berpendapatan rendah selain mereka yang terkesan akibat bencana alam juga disenaraikan sebagai antara yang layak menerima sumbangan yang turut merangkumi bantuan sokongan perkahwinan, pinjaman rumah tanpa faedah serta skim pinjaman pengubahsuaian rumah.
Menteri Sumber Manusia dan Pembangunan Sosial Arab Saudi, Ahmad Al-Rajhi menzahirkan rasa syukur dan penghargaan di atas keluhuran pemerintah negara itu di atas inisiatif berkenaan.